1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana
firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka
balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan
mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas
(balasan yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."
2. Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :
1) Sengaja semata-semata
i) Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang
yang bertujuan untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang
boleh membunuh atau mematikan seseorang.
Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga
(qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan dengan membayar
diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan tanpa membayar
diyat(denda) -
Syarat wajib qisas :-
1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris
2) Tersalah semata-mata
- Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh
seseorang itu menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain
dan menyebabkan orang itu terbunuh.
Hukuman :-
Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi
dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan). Diyat itu dibayar oleh
adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga
tahun. -
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak
disengajakan maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang
beriman serta membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh."
(Surah An-Nisa'a - Ayat 92)
3) Menyerupai semata-mata
- Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu
alat yang biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti ranting
kayu dan mati dengan pukulan itu
. - Hukumannya:-
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke
atas keluarga pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat)
dengan secara beransur-ansur selama tiga tahun.
Rabu, 07 September 2011
Pembunuhan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar