1. Perbahasan
mengenai nikah Mut'ah telah menjadi isu yang hangat di kalangan dua aliran
pemikiran Syiah-Sunnah. Pengkaji yang mau bersifat bebas, tidak akan terpaut
kepada aliran yang dianutinya, malah dia harus berusha mengkajinya jika dia
seorang yang mampu, jika tidak, dia adalah seorang biasa yang mengikuti ajaran
tradisi yg dianutinya semenjak kecil tanpa hujah dan jika dia fikir dia
mempunyai hujah dia tidak bisa mengolahnya.
2. Semua
pihak tidak boleh menolak tentang berlakunya nikah Mut'ah pada masa Nabi saw. Abu
Bakr telah membenarkan anak kesayangannya Asma' bernikah mut'ah, akhirnya
dia telah melahirkan dua cahaya mata.
3. Berkenaan
pertanyaan sindiran ust. Bakar di dalam halaman Fatimah yang diajukan kepada
ust. Zain Assegaf mengenai atur cara tradisi Mut'ah di dalam keluarganya jika
ada, malah memintanya menjadi tajir, ia telah berlaku di antara Abu Hanifah
al-Nu'manai dan gurunya Imam Ja'far as-Sadiq a.s. Imam Ja'far keluar di dalam
majlis itu, karena sindirannya yang menolak kebenaran. Jika seorang bertanya
kepada seorang lelaki utk bernikah daim dengan anak perempuannya secara melulu,
si lelaki tersebut akan memarahinya, karena atur caranya,bukan kerana haramnya pernikahan
tersebut.
4. Nikah
Mut'ah adalah suatu keperluan yang diharuskan di dalam batas syarak dengan
syarat-syaratnya. Justru itu yg popular adalah nikah daim.
5. Bagi
mereka yang menganggap nikah Mut'ah adalah haram, apakah penyelesainnya, khususnya
kepada dirinya sendiri, sama aja dia mencari jalan keluar dengan melakukan
onani "Musturbation" atau berzina. Kedua-duanya jalan yg tidak
star'yi. Bagaimana caranya selain daripada nikah daim yg dia sendiri tidak
mampu lagi? Islam yg hakiki dapat menyelesaikan masalah individu dan
masyarakat. Lantaran itu Imam Ali berkata: "Jika Umar tidak melarang nikah
Mut'ah, niscaya tidak akan berzina melainkan orang yg celaka (syaqiyy)
6. Di
bawah ini sebuah rencana kajian saya tentang nikah Mut'ah diambil dari buku
'Jika Mereka Ahlu as-Sunnah Nabi saw, Niscaya Mereka ...’ karangan saya sendiri.
Untuk detail lihat halaman al-Mawaddah.
Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi
(Saw.), nescaya mereka tidak mengharamkan nikah mut'ah. Tetapi Khalifah Umar
adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah. [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',
hlm. 137] Penyataan al-Suyuti berarti:
a. Nikah
mut'ah adalah halal menurut Islam.
b. Khalifah
Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada masa
Rasulullah (Saw.), khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman khalifah
Umar.
c. Umar
mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut'ah
sekalipun ianya halal di sisi Allah dan Rasul-Nya. Al-Suyuti seorang Mujaddid
Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal,
kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan
RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata
Umar sendiri.
Sebenarnya para ulama Ahlul Sunnah
sendiri telah mencatat bahwa Umarlah yang telah mengharamkan nikah mut'ah
seperti berikut:
a. Al-Baihaqi di dalam al-Sunan,
V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar,"Dua mut'ah yang dilakukan pada
masaRasulullah (Saw.) tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan
mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ah perempuan dan mut'ah haji.
b. Al-Raghib di dalam
al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin Aktam berkata kepada
seorang syaikh di Basrah:"Siapakah orang yang anda ikuti tentang harusnya
nikah mut'ah. Dia menjawab: "Umar al-Khatab." Dia bertanya lagi: "Bagaimana
sedangkan Umarlah orang yang melarangnya." Dia menjawab: "Mengikut
riwayat yang sahih bahawa dia menaiki mimbar masjid dan berkata: “Sesungguhnya
Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan untuk kalian dua mut'ah tetapi aku aku
mengharamkan kedua-duanya (mut'ah perempuan dan mut'ah haji). Maka kami
menerima kesaksiannya tetapi kami tidak menerima pengharamannya."
c. Daripada Jabir bin Abdullah,
dia berkata:"Kami telah melakukan nikah mut'ah dengan segenggam kurma dan
gandum selama beberapa hari pada masa Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar
melarang dan mengharamkannya dalam kes Umru bin Harith.[Muslim, Sahih, I, hlm.
395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
VIII, hlm.294]
d. Daripada Urwah bin
al-Zubair,"Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar al-Khattab dan
berkata: "Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah mut'ah
dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar keluar
dengan marah dan berkata: "Sekiranya aku telah memberitahukan kalian
mengenainya awal-awal lagi nescaya aku merejamnya."Isnad hadith ini adalah
tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta', II, hlm.
30;al-Syafi'i, al-Umm, VII, hlm. 219;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm.
206]
d. Kata-kata
Ali (a.s),"Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah nescaya tidak
seorang pun berzina melainkan orang yang celaka."[al-Tabari, Tafsir, V,
hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr
al-Manthur, II, hlm.140] Kata-kata Ali (a.s) ini menolak dakwaan orang yang
mengatakan bahawa Ali telah melarang nikah mut'ah kerana beliau tidak
memansuhkan ayat di dalam Surah al-Nisa' (4):24.
f. Daripada Ibn Juraij, daripada
'Ata' dia berkata:"Aku mendengar Ibn Abbas berkata: Semoga Allah merahmati
Umar, mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad dan jika ia tidak
dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak perlu berzina melainkan orang
yang celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 179; al-Zamakhshari,
al-Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130]
Riwayat Ibn Abbas tersebut menafikan dakwaan orang yang mengatakan Ibn Abbas telah menarik balik kata-katanya mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun halalnya mut'ah tidak berpandu kepada pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu kepada Surah al-Nisa (4): 24 yang tidak dimansuhkan.
Riwayat Ibn Abbas tersebut menafikan dakwaan orang yang mengatakan Ibn Abbas telah menarik balik kata-katanya mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun halalnya mut'ah tidak berpandu kepada pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu kepada Surah al-Nisa (4): 24 yang tidak dimansuhkan.
Di sini disebutkan nama-nama sahabat dan tabi'in yang
telah mengamalkan nikah mut'ah atau mempercayai ia halal seperti berikut:
1.
Umran b. al-Hasin.
2.
Jabir b. Abdullah.
3.
Abdullah b. Mas'ud.
4.
Abdullah b. Umar.
5.
Muawiyah b. Abi Sufyan.
6.
Abu Said al-Khudri.
7.
Salman b. Umaiyyah b,
Khalf
8.
Ma'bad b. Umaiyyah.
9.
al-Zubair bin al-Awwam
yang mengahwini Asma' bt khalifah Abu Bakar secara mut'ah selama tiga tahun dan
melahirkan dua orang anak lelaki bernama Abdullah dan Urwah.
10. Khalid b. Muhajir.
11. Umru b. Harith.
12. Ubayy b. Ka'ab.
13. Rabi'ah b. Umaiyyah.
14. Said b. Jubair.
15. Tawwus al-Yamani.
16. 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
17. al-Sudi.
18. Mujahid.
19. Zufar b. Aus al-Madani.
20. Ibn Juraij.
21. Ali bin Abi Talib.
22. Umar b. al-Khattab sebelum dia
mengharamkannya dan diakui oleh anaknya Abdullah bin Umar.
Nama-nama tersebut adalah
diambil dari buku-buku Hadith Ahlul Sunnah dan lain-lain di mana saya tidak
memberi rujukan lengkap kerana kesempitan ruang, lihatlah umpamanya buku-buku
sahih bab nikah mut'ah dan lain-lain.
Di sini diperturunkan
pendapat-pendapat Ahlul Sunnah yang mengatakan nikah mut'ah telah dimansuhkan,
kemudian, diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kembali. Ia
mempunyai 15 pendapat yang berbeza-beza seperti berikut:
1. Nikah
mut'ah diharuskan pada permulaan Islam, kemudian Rasulullah (Saw.)
menegahnya di dalam Peperangan Khaibar.
2. Ia
boleh dilakukan ketika darurat di masa-masa tertentu kemudian diharamkan pada
akhir tahun Haji Wida'.
3. Ia
diharuskan selama 3 hari sahaja.
4. Diharuskan
pada tahun al-Autas kemudian diharamkan.
5. Diharuskan
pada Haji Wida' kemudian ditegah semula.
6. Diharuskan,
kemudian diharamkan pada masa pembukaan Mekah.
7. Ia
harus, kemudiannya ditegah dalam Perang Tabuk.
8. Diharuskan
pada pembukaan Mekah dan diharamkan pada hari itu juga.
9. Ia
dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.
10. Ia
tidak pernah diharuskan di dalam Islam. Pendapat ini bertentangan dengan
al-Qur'an, Sunnah Nabi (Saw.), Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.
11. Ia
diharuskan kemudian dilarang pada Perang Khaibar kemudian diizin kembali pada
masa pembukaan Mekah kemudian diharamkannya selepas tiga hari.
12. Diharuskan
pada permulaan Islam kemudian diharuskan pada Perang Khaibar kemudian
diharuskan pada Perang Autas, kemudian diharamkan.
13. Diharuskan
pada permulaan Islam pada tahun Autas, pembukaan Mekah dan Umrah al-Qadha' dan
diharamkan pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.
14. Ia
telah diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan, kemudian
dimansuhkan, kemudian diharuskan kemudian dimansuhkan.
15. Diharuskan
7 kali, dimansuhkan 7 kali, dimansuhkan pada Peperangan Khaibar, Hunain, 'Umra
al-Qadha', tahun pembukaan Mekah, tahun Autas, Peperangan Tabuk dan semasa Haji
Wida'.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 183; Muslim, Sahih, I, hlm. 394;Ibn
Hajr, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani, Syarh al-Muwatta', hlm. 24]
Lihatlah bagaimana
perselisihan pendapat telah berlaku tentang nikah mut'ah di mana mereka sendiri
tidak yakin bilakah ia dimansuhkan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun
pendapat-pendapat tersebut memberi erti bahawa hukum nikah mut'ah boleh
dipermainkan-mainkan kerana ia mengandungi beberapa proses pengharusan dan
pengharaman, oleh itu ianya tidak mungkin dilakukan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Ianya telah dilakukan oleh al-Zubair bin al-Awwam dengan Asma' bt. khalifah Abu
Bakar selama tiga tahun dan melahirkan dua orang anak mut'ah.
Sebenarnya pengharusan nikah
mut'ah itu berasal daripada al-Qur'an, firman-Nya (Surah al-Nisa
(4):24:"Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut'ah) di atas mereka,
berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan." Menurut
al-Zamakhsyari, ayat ini adalah Muhkamah, iaitu tidak dimansuhkan
[al-Kasysyaf,I hlm. 190] iaitu nikah mut'ah adalah halal.
Al-Qurtubi menyatakan,
penduduk Mekah banyak melakukan nikah mut'ah [Tafsir,V, hlm. 132]. Fakhruddin
al-Razi berkata:"Mereka berselisih pendapat tentang ayat ini, sama ada ia
dimansuhkan ataupun tidak, tetapi sebahagian besar berpendapat ayat ini tidak
dimansuhkan dan nikah mut'ah adalah harus."[Mafatih al-Ghaib, III, hlm.
200] Abu Hayyan berkata:"Selepas menukilkan hadith yang mengharuskan nikah
mut'ah, sekumpulan daripada Ahlul Bayt dan Tabi'in berpendapat nikah mut'ah
adalah halal."Ibn Juraij (w.150H)pula berpendapat bahawa nikah mut'ah
adalah harus. Imam Syafi'I menegaskan bahawa Ibn Juraij telah bernikah mut'ah dengan
72 orang perempuan, sementara al-Dhahabi pula menyatakan Ibn Juraij telah
bermut'ah dengan 90 orang perempuan.[Tadhib al-Tahdhib, VI, hlm. 408]
Perhatikanlah bahawa Ibn
Juraij adalah seorang daripada Tabi'in dan imam masjid Mekah, telah berkahwin
secara mut'ah dengan 90 orang perempuan dan dia juga telah meriwayatkan hadith
yang banyak di dalam sahih-sahih Ahlul Sunnah seperti Bukhari, Muslim dan
lain-lain. Ini bererti kitab-kitab sahih tersebut telah dikotori (mengikut
bahawa lawan) dan ia tidak menjadisahih lagi sekiranya orang yang melakukan
nikah mut'ah itu dianggap penzina.
Ayat tersebut tidak
dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun ayat 6 dan Surah al-Ma'arij ayat 30, kerana
kedua-dua ayat tersebut adalah Makkiyyah dan ayat Makkiyyah tidak boleh
memansuhkan ayat Madaniyyah, begitu juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat
al-Mirath (pusaka) kerana dalam nikah biasa sekalipun mirath tidak boleh
berlaku jika si isteri melakukan nusyuz terhadap suaminya atau isterinya
seorang kitabiyah. Sebagaimana juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat
Talaq, kerana nikah mut'ah dapat ditalak (dapat dibatalkan) dengan berakhirnya
masa. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan hadith mengiku jumhur ulama.
Imam Zulfar berpendapat
walaupun ditetapkan, tetapi ia tidak membatalkan akad nikah. Imam Malik pula
mengatakan nikah mut'ah adalah harus hingga terdapatnya dalil yang
memansuhkannya. Imam Muhammad al-Syaibani mengatakan nikah mut'ah adalah
makruh. [al-Sarkhasi, al-Mabsut, V, hlm. 160]
Demikianlah beberapa pendapat
yang menunjukkan nikah mut'ah adalah harus tetapi ia diharamkan oleh khalifah
Umar al-Khattab. Adapun syarat-syarat nikah mut'ah menurut Islam adalah
sepertiberikut:
i.
Mahar.
ii.
Ajal (tempoh)
iii.
Akad yang mengandungi ijab dan
kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil
iv.
Perceraian selepas tamatnya
tempoh
v.
Iddah
vi.
Sabitnya nasab (keturunan)
vii.
Tidak sabitnya pusaka di
antara suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.
Inilah syarat-syarat nikah
mut'ah mengikut Ahlul Sunnah dan Syiah dan inilah yang telah dilakukan oleh para
sahabat dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa 'nikah mut'ah boleh dilakukan
dengan isteri orang' adalah satu pembohongan yang besar dan ianya menyalahi
nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bait (a.s) dan para ulama Syiah mengharamkannya.
Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah mut'ah ataupun da'im (biasa)
adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka perempuan tersebut atau wakilnya
mestilah mengetahui bahawa 'dia' bukanlah isteri orang, jika tidak, ia tidak
boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan diriku akan dikau dengan mas
kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga tahun."Umpamanya lelaki
menjawab:"Aku terimalah nikah.
Imam Baqir dan Imam Ja'far
al-Sadiq (a.s) berkata bahawa pihak lelaki tidak wajib bertanya adakah
siperempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah pasti mengikut hukum
syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri orang. Jika didapati
ia isteri orang maka nikah mut'ah atau nikah biasa itu adalah tidak sah. Walau
bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya keadaan perempuan itu sama
ada masih isteri orang atau sebagainya.
Mengenai wali Ahlul Sunnah
tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi perempuan yang ingin
berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah tidak wajib bagi janda
dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia berkahwin dengan seorang
yang sekufu dengannya.[Malik, al-Muwatta', I, hlm. 183] Abu Yusuf dan
al-Syaibani pula berpendapat wali adalah peru tetapi bapa tidak ada hak untuk
memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm, al-Muhalla,
hlm. 145]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar